Sunday, December 26, 2010

Berakhir sudah cerita bab pertama......

hehehe kenapa dikatakan berakhir sudah cerita bab pertama??? kerana berakhir sudah seksaan akue (tapi sebenarnya bukan seksaan...)ceritera akue di maktab kali ni..Jujur dan diakui sedih bila meninggalkan maktab yang lalu..bukan apa dunia belajar kembali menggamit memori akue...sungguh seronok dan happy sentiasa bila mana kehidupan akue dikelilingi orang yang akue sayang...tapi peluang ini tidak diberikan lama sebulan cuma...pergi meninggalkan bukan dengan tangan kosong tapi ada tugas menanti pasti....waah siap la lepas ni tertonggeng, tergolek la nk nyiapkannyer..tapi takper itu bukan alasannyer..yang pasti akue seronok berada di sana..walaupun ada peristiwa malang yang menimpa diri akue waktu itu..peristiwa apa tak payah la nk diceritakan di sini...(mimpi ngeri bila ingat balek)so bagi membuktikan bebelan ini benar dan tepat gambar di bawah akan membuktikan segala-galanya...

"action sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing"


sudah habis kelas...marilah pulang bersama..hari terakhir kelas




kalau boleh interaksi akan datang nk gak bilik ni..memang beshh aman damai tenang yang penting sejukkkkk


"nak jugak aksi ni diuploadkan..."

p/s berakhirnya bab satu...kisah ini akan bersambung untuk interaksi akan datang...

Tuesday, December 7, 2010

Riang Ria bersama Kanak-kanak Ribena

walah tajuk tak hengat untuk cerita kali ini...bukan apa last week adalah buat kerja "seni"yang tak berapa nk seni bila mana buat photoshoot dengan bebudak ribena ni kat kampung..alang-alang berjalan keliling kampung tu teruslah singgah kat sungai menangkap gambar dan buat la aksi-aksi yang dikira comel+kelakor+besh+enjoice...
dah tak der kerja kan..anyway besh gak la buat aktiviti macam ni...bebudak ni pun mula-mula malu malu ayam pastu bila cakap senyumm jer mula la keluar perangai sorang-sorang....keluar la ekor masing-masing..tak pernah kan nk menangkap gambar kat kawasan rumah sendiri...
so dari takder buat apa dan mengisi masa lapang waktu petang..kami pun jenjalan keliling kampung mengambil angin menikmati angin petang yang besh dan menghayati pandangan di sungai perak..maka terjadiklah karya gambar masterpiece agung ini...
So enjoice................


Perjalanan bermula dengan berkata "peace"






dengan kanak-kanak ribena...










itula antara moment yang sempat di snap kala jalan keliling kampung ditambah pula dengan kanak-kanak ribena ni yang sememangnya rasa enjoice jer masa photoshoot ini...so lepas ni kitaorang nak buat lagi tapi dengan aksi yang lebih enjoice dan gempak...(nak jugak statement macam ni yer)

Monday, December 6, 2010

Dunia belajar di Maktab Part 2

Sebelum ini sudah akue ceritakan sedikit sebanyak pengalaman dan cheritera belajar di maktab kali ini akue uploadkan sekali gambar-gambar yang mungkin membuktikan cerita akue seperti sebelum ini..bukan apa cerita lebih-lebih tak guna..tapi harus dibuktikan sekali dengan gambarnya..so here is the pictures...


Kita orang punyer asrama..sungguh damai dikelilingi bukit bukau yang sungguh cantik..sumpah tak tipu bila malam wallah sejuk tak hengat..bila mandi seperti berada di air terjun..betull tak tipoo...


Kenkunu perasan..bila mana dah tak tau nk buat apa maka terjadilah aksi seperti di atas....




aksi-aksi gegila bila balik dari kelas..maka terjadilah perjalanan yang penuh gila-gila ditambah pula insan-insan sekeliling yang tak pernah kenal penat ketawa..sungguhhh

gambar yang lelain akan di uploadkan di lain hari..tak pueh nk pilih gambar yang berkenan di hati....

Dunia belajar di Maktab

Setelah sekian lama tak menambah cerita..kali ini cerita kembali bersambung dengan kehidupan sebagai seorang pelajar..waaa sudah lama pencen pegang title nih..tapi kini kembali menyambung galas tanggungjawab sebagai pelajar..tapi kali ini dunia belajar lain dari yang lain bukan seperti kita belajar sewaktu diploma dan degree di Uitm dulu..sebabnya bergelar pelajar di Institut Perguruan Ipoh Perak ataupun dikenali sebagai maktab ipoh ni memang lain dari yang lain..nama pun maktab so di sini nak train la pelajar dia menjadi seorang cikgu yang berkaliber, profesional dan mahir dalam menyebarkan ilmu kepada anak bangsa...wallah explanation tak hengat..
Macam biasa kekadang tu ada yang seronok dan yang tak seronok mungkin dari segi pengurusan dia yang tak berapa sangat sebabnya disini kita tak boleh nak samakan kehidupan sebagai pelajar di universiti kita dulu..macam-macam prosedur kena buat dalam dua tiga minggu nih..hanya Tuhan sajalah yang tahu macam mana rasanyer..Tapi ini bukan alasan untuk tidak terus bersemangat waja dalam menuntut ilmu demi cita-cita dan impian selama ini..wallah sekali lagi yer..\
Apa sekalipun diharapkan agar dapat akue kuatkan semangat dalam menempuh segala dugaan dan rintangan sepanjang berada di sini..lama lagi akue akan berada di sini dan banyak lagi cheritera dan pengalaman yang boleh akue ambil dan kutip untuk akue terus titipkan di sini....

lepas ni akan akue upload gambar yang menggambarkan perjalanan hidup dan cheritera akue seperti cerita di atas..bukan apa internet tidak berapa mengizinkan untuk akue terus upload pic di sini...haishhhhhh

Thursday, November 18, 2010

My life as student is begin now

Ahaks...my life as student is begin now..why i am said so because by this monday i will be a student maktab at ipoh..ahaaa..could i faced this situation.
Udahlah la tu cakap melayu sudaaaa
ok la bermula hari isnin ni 22 November 2010 akue dikehendaki mendaftar sebagai pelajar di Maktab Perguruan di Ipoh perak..akue akan melanjutkan pelajaran dengan mengambil diploma supaya akue dapat memiliki diploma dalam perguruan untuk kelayakan ikhtisas akue..so Perjuang Anak Bangsa yang kental akan terus bermula dan berjalan seperti yang dirancang..bukan apa akue agak takut dan takut jikalau permohonan akue kali ini tak diluluskan seperti yang dirancang.. Tapi alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dan alhamdulilah sekali lagi akue diberikan peluang yang sememangnya akue nantikan selama ini..bukan apa mungkin ini sudah rezeki akue untuk terus menjadi seorang pejuang anak bangsa yang kental dan terus berkhidmat dan berbakti demi anak bangsa..doakan kejayaan untuk terus buat yang terbaik dan terbaik..
wish me luck!!!

p/s terasa ayat-ayat di atas agak skema dan terlalu "baik" bunyinyer..ermm guessing sendirikla...



Wajah Pejuang Anak Bangsa yang cam perasan..haishhhh

Thursday, November 11, 2010

My Food Pic..

Aha...kali ni nak berangan nak buat channel gambar makanaan seperti Asia Food Channel macam AFC tuh..Cis sungguh perasaan padahal gambar mekanan tak banyak mana pun kan??
Tapi takpela nak juga buat MFC..(nak jugak statement nih) bukan apa dengan adanya MFC nih leh la nk upload gambar-gambar pasal mekanan dekat sini..walaupun gambar mekanan tu takderlah mewah dan menarik yg ramai orang kata musti mekanan mahal nih..tapi dekat MFC nih pic-pic yang diupload adalah terdiri daripada mekanan yang dibuat dengan penuh kasih sayang..(lagi sekali statement tak boleh blah)..but never mind ini blog akue suka hati akue la nak buat macam mana kan?..
Dengan adanya pic-ic ni bolehla tengok mekanan yang enak, sedap dan menarik..(bolehker?)..
so ceritera ini bermula dengan...

Haiii we meet again on MFC what your food..with me ladynzs..
so today we have some pic of food that we can share together or you can get some inspiration for your own meal..so lets .check it out what food today







itulah di antara sedikit sebanyak gambar yang boleh dikongsi..kita bertemu di hari lain waktu yang lain..jumpa lagi..

p/s agak sungguh perasan nak menjadi pengacara rancangan..sungguh berterabur skripnya..kaahh kahhh jadiklah angan-angan nak jadik pengacara kat sini pun tercapai..( dalam entri di atas ni berapa banyak perkataan "nak" je)

Tuesday, November 2, 2010

Kembali bersambung gambar-gambar at melaka





Blast!!! at Melaka

Aloha...
Cheritera yang akue nk kongsi kali ni adalah pasal perjaLanan sambil belajar yang akue ikuti hujung minggu lalu ke Melaka..akue menikmati percutian sambil belajar bersama bebudak Sk Pengkalan Baharu senang citer sekolah akue la..
ok cheritera bersambung bila akue mengikut rombongan ni yang disertai dengan bebudak sebanyak 74 orang murid..can you imagine camner tuh?tapi apa pun bebudak yang naek bas dengan akue sememangnya best, sempoi, sporting dan paling akue suka TAK BUAT HAL..walaupun ada la sikit-sikit tu buat hal..
by the way,.akue ingatkan lawatan ni tak besh la, tak sonok la, tak enjoy la..tapi TERNYATA SANGKAAN AKUE MELESET SAMA SEKALI..BEST WOOO...BEST SIOT..berbaloi akue bayar seratus hinggit ikot rombongan ini..seronok sebab dapat jenjalan dengan bebudak..
Pengalaman gak la pada akue bila akue dapat berjalan dengan bebudak yang baru nk belajar kan..sonok+enjoy+kelakor+besh tak terhengga..
Macam-macam la lawatan kat situ..nama pun bandar Melaka kan..bandar bersejarah so tempat tu cantik dan cantik la..antara tempat yang kitaorang pergi seperti perigi Hang Tuah, zoo Melaka,taman buaya, Kota A Famosa, muzium-muzium, dataran pahlawan, naek beca waktu malam(besh wooo first time in my life naek beca)dan paling besh naek Menara Taming Sari..ala-ala Eye on Malaysia..boleh la..seronok la..

cerita saja tak guna kan..di bawah ni gambar akan menceritakan segala-galanya..so enjoice bila tengok...


Perigi Hang Tuah..


Dengan anak murid










p/s Banyak lagi gambar nk diupload..masa tak cukup..tak pueh nk pilih gambor nk masuk kat sini..

Wednesday, October 20, 2010

Pemeran Kesukaan Akue

Sudah sekian lama akue ingin masukkan entri pasal pelakon kegemaran dan kesukaan akue ng dimiliki sebelum ini. bukan apa nk jugak akue ceritakan disini mengenai pemeran kesukaan akue n..memang kedua-dua pemeran yang akue gemarkan ini sudah lama akue puja dan minat. Bukan kerana paras rupa dan nama, tetapi bakat yang dimiliki oleh kedua-dua pemeran ini..sungguh bakat mereka merupakan yang terbaik pernah akue tengok selama ini...dan memang layak mereka di beri pelakon wanita terbaik dan pelakon harapan lelaki terbaik di festival filem malaysia 22 tahun lalu.
amat tidak sabar menanti lakonan mereka berdua selepas KAMI the movie dua tahun yang lepas..antaranya Tolong Awekku pontianak, Senjakala..sungguh tak sabar nk tengok..

Pemeran Kegemaran Akue

Tuesday, October 19, 2010

lawatan sambil belajar..

kenapa dikatakan lawatan sambil belajar??
haahaa kali ni entri ni berbunyi lawatan sambil belajar ke pelantar ikan..
huuhuu inilah pertama kali dalam seumur hidup melawat dan pergi ke pelantar ikan..agak sungguh teruja dan teruja bila pertama kali melihat tempat yang sebegini..almaklumlah selama ni tahu-tahu jer nk dapat ikan takpun beli ikan di pasar takpun nk ala-ala eksen sikit carik ikan kat Tesco takpun Giant..cisss..sungguh berlagak..
sungguh teruja bila dapat pergi tempat yang sebegini rupa bila kita dapat tengok ikan-ikan yang segar ditangkap oleh pak-pak nelayan dihantar di pelantar dan kita boleh lihat secara langsung atau dalam bahasa yang besh skit live ikan-ikan dipunggah masuk ke dalam bakul mahupun tong-tong ikan ni..
secara jujur nya tempat macam ni kalau datang teringin nk pakai baju lawa-lawa tak payah la..simpan saja angan-angan tu..lagi senang datang dengan berselipar takpun nk kelihatan lagi hebat dan anggun di tempat macam ni pakai jer kasut boot kuning si pak cik phua chu kang selalu pakai tu..confirm pejalanan dan lawatan anda akan bertambah menarik..
istimewa di tempat macam ni kita dapat membeli tak pun melihat pelbagai ikan segar yang sememstinya segar terbaik dari ladang disini dan guess what semestinya harga dia owhhh sungguh murah..kalah tempat lain..i mean pasar la..(murah singgit dua jer)tapi betul kan..sapa la tak nak makan ikan segar-segar kan?memang disini kita dapat melihat pelbagai jenis ikan yg murah, segar, dan sedap
daripada tak tahu apa itu ikan sebelah terus tahu wehhh..sungguh sedap bila digoreng kunyit..sumpah best giler cakap takder bohong punya...
kalau tak caya silalah berkunjung ke pelantar yang berdekatan anda..
Ahaks...

p/s bila pertama kali menjalani kehidupan di pantai remis berkenalan dan mengetahui la serba sedikit seperti cerita di atas..sesuatu yang menarik untuk diketahui..


Antara scene-scene yang sempat di klik...




Sambungan gambar-gambar Makhluk Yang Paling Disayangi